• Home
  • JAWATAN KOSONG : ADMIN ASSISTANT

JAWATAN KOSONG : ADMIN ASSISTANT

JAWATAN KOSONG :

ADMIN ASSISTANT

 

TUGAS – TUGAS UTAMA :

=====================

  1. Melayan pertanyaan pelanggan secara online (Melalui whatsapp, media sosial seperti facebook dan instagram) dan offline.
  1. Membuat kerja-kerja pembungkusan barang untuk dihantar kepada pelanggan (secara pos dan Cash on Delivery).
  1. Membuat pengeposan barang pada setiap hari (Isnin – Jumaat).
  1. Mengurus hal-hal social media (Menjawab pertanyaan pelanggan, update info-info terkini di instagram, facebook dan membuat basic marketing mengenai bisnes).
  1. Key in data pelanggan, rekod maklumat jualan, menyediakan invoice dan resit kepada pelanggan dan membuat aktiviti follow up pelanggan secara online.

Dan membantu tugas-tugas am didalam pejabat.

 

SEMUA TUGAS AKAN DIBERIKAN TRAINING SELAMA SEMINGGU SEBELUM BERMULA.

KRITERIA CALON YANG DIPERLUKAN :

=============================

– Tinggal di sekitar Bandar Baru Bangi

– Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang pengurusan/pemasaran

– Belum berkahwin (diutamakan)

– Berumur antara 20 – 30 tahun

– PEREMPUAN SAHAJA.

– Berpakaian kemas dan menarik.

– Menutup aurat dan Solat 5 waktu

– Sedia untuk belajar dan sedia menerima teguran untuk kebaikan diri dan perniagaan.

– Rajin dan berdisiplin

– Berani dan sedia untuk sama-sama membangunkan perniagaan.

– Bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk melakukan setiap tugas dan tanggungjawab yang diberikan (Bukan hanya untuk mendapatkan gaji semata-mata)

– Minat dalam perniagaan (kerana kami adalah organisasi perniagaan)

– Berdedikasi dan komited untuk setiap apa yang dilakukan.

– Mencari kerja TETAP dan tidak berhajat untuk mencari kerja lain atau bertukar-tukar kerja.

 

MENGENAI KAMI :

==============

Kami adalah satu entiti perniagaan yang berdaftar sebagai NUREEN MULTI MARKETING di SSM yang membawa jenama KIDDIESOFT. Buat masa kini, produk kami adalah produk yang menyelesaikan masalah kulit khas untuk bayi dan kanak-kanak. Kami sudah bertapak dalam pasaran selama 3 tahun lebih iaitu sejak tahun 2016. Lokasi pejabat kami beralamat di bangunan Ostia Bangi (berhadapan Tol Bangi).

VISI KAMI

=======

Menjadi JENAMA PILIHAN UTAMA untuk produk penjagaan badan bayi & kanak-kanak yang semulajadi dalam Asia dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang.

MISI KAMI :

=========

– Kami adalah entiti perniagaan

– Perniagaan utama kami adalah rangkaian produk penjagaan badan kanak-kanakĀ  yang semulajadi.

– Tanggungjawab kami adalah untuk menggalakkan penggunaan produk yang berasaskan bahan-bahan semulajadi untuk penjagaan badan yang selamat.untuk kanak-kanak khususnya.

– Kami mengambil berat dan melindungi pelanggan dari penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya.

WAKTU BEKERJA :

=============

– 6 Hari seminggu

– Cuti hari AHAD

– Sabtu tak perlu datang ke pejabat (kecuali diperlukan). Hanya perlu melayan pelanggan melalui online dan melakukan tugas-tugas COD/penghantaran barang kepada pelanggan (jika ada).

– Waktu pejabat : 8:30 pagi hingga 5.30 petang (Isnin – Jumaat)

Jika berminat, sila EMAIL RESUME LENGKAP anda ke :

hr.kiddiesoft@gmail.com

hr.kiddiesoft@gmail.com

hr.kiddiesoft@gmail.com

Calon yang tidak email resume lengkap, tidak akan dilayan. Terima Kasih.

KELEBIHAN LAIN

1. kwsp

2. insentif jualan

3. company trip

4. bonus tahunan

5. peluang kenaikan pangkat jawatan

6. kenaikan gaji setiap tahun (jika menepati kpi yang ditetapkan)

KELAYAKAN : MINIMUM SPM/DIPLOMA